Sabtu, 30 Oktober 2010

Buat Mu.....



CORETAN KU KHAS BUAT MU...


Assalamualaikum...


EMAK...
Akak rindu sgt kt emak...
Nak sgt blik umah.. wlaupn khdpn di sini akak rse bhgia dan slesa...tapi akak rse kosong..
Akak rindu suara emak.. akak rindu msakan emak..
Akak rindu nk bebual dgn emak... akak rindu nk bermanje dgn emak..
Akak syg emak...


ABAH...
Akak rindu jgk kt abah...
Akak rindu nk dgr nasihat abah..
Akak rindu nak dgr suara abah..Akak syg abah...


ADIK2X AKAK...
Akak rindu sgt kt aiman, ayu n akmal...
Akak syg sgt kt adik2x akak ni tau...
Akak nk amanahkan kt adik2x akak ni..
supaya jge emak dgn abah elok2x spnjg akak xde ni..
blh kn????




EMAK N ABAH..
Akak bsyukr sgt2x.. sbb dpt emak n abah yg baik...
emak n abh dh jge akak dr sbsr tpk tgn hgga la akak bsr skrg...
akak tau... emak n abah dh bnyk bkorban utk akak..


EMAK.. akak tau emak pnt jge akak mse kcil kn??
akak nakal... x dgr ckp.. maafkan akak emak...


ABAH..akak tau abah pnt bkerja shrian dmi mcri rzki utk bg mkn kt akak...
akak tau keja abah 2 pnt.. akak tau abah tpkse krja bhmpas pulas utk mbesrkan akak..
akak x sggp sbnrye tgk abah bkerja mcm 2...
akak tau kerja abah 2 rsiko sgt2x...


Akhir kata akak.. akak hrp emak n abah dpt doakan kejayaan akak kt sni berjaya...
sebb redha Allah terletak kpd redha ibu bapa..
akak nk sgt blik nnt akak dpt tlg emak n abah.. akak nk buktikn kt smua.. akak blh bjaya..
akak slalu pgg kta2x abah... hidup kte akan trus di hina jika tanpa ilmu...tp di pndang tggi jika berilmu..
kla.. akak dh x tau nak tulis ape.. akhir skali..


"AKAK SYG EMAK, ABAH, AIMAN, AYU & AKMAL.."


Wassalam..



BUNGA IDAMAN...

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga.. Kelopaknya indah dan berwarna-warni.. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya.. pasti duri-duri itu akan melukai jemariku..
Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya.. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku..
Aku menghampiri bunga itu..
Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya..
Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku.. sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan.. Lagak mereka sungguh menjengkelkan..
Aku mengumpat di dalam hati.. rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan..
Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa.. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri.. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba..
Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya.. Dia berjalan tidak jauh dariku..
Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu.. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya.. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat..
Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat..
Aku mula bermonolog....
Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang.. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap..
Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun...
Siapakah aku?
Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?
Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...
"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"
Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

alt

Kenapa Abang Cintakan Ayang ye????

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 


Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan....
· Share

DOA KU...



Ya ALLAH...
Jika aku jatuh cinta...
Cintakan lah aku pada seseorang yang mencintai MU...

Ya ALLAH...
Jika aku rindu...
Rindukan lah aku pada seseorang yang rindu syhid pada jalan MU...

Jangan Mencari Kesempurnaan...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

Cantiknya Lelaki n Hebatnya Wanita...

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Jumaat, 29 Oktober 2010

Devotees - Mahar Cinta

Mahar Cinta..

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..







SaNah HelWa... ( 20 tahun dh... )




Tabahkan lah hati ku...


Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku Insya' Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku.....

Insha Allah versi Melayu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Insha Allah versi Melayu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Lagenda Budak Setan new trailer